Ahn Changho
Ahn Changho

Ahn Changho

Templat:Family name hatnoteAhn Changho, kadangkala An Chang-ho (Sebutan bahasa Korea: [ɐn. tɕʰɐŋɦo]; Hangul: 안창호; Hanja: 安昌浩, 9 November 1878 - 10 Mac 1938) merupakan aktivis kemerdekaan Korea dan salah satu pemimpin terawal masyarakat imigran orang Korea-Amerika di Amerika Syarikat. Beliau juga dirujuk dengan nama penanya Dosan (도산; 島山 [tosʰan]). Aktivis sosial protestan, beliau menubuhkan Shinminhoe (Persatuan Korea Baru) apabila beliau kembali ke Korea dari A.S. pada tahun 1907. Ia merupakan pertubuhan terpenting yang menentang pendudukan Jepun di Korea. Beliau menubuhkan Akademi Korea Muda (흥사단; 興士團) di San Francisco pada tahun 1913 dan ahli penting dalam mengasas Kerajaan Sementara Republik Korea di Shanghai pada tahun 1919. Ahn merupakan satu daripada dua lelaki yang dipercayai menulis lirik Aegukga, lagu kebangsaan Korea Selatan. Selain kerjanya untuk Gerakan Kemerdekaan, Dosan mahu membuat pembaharuan watak orang Korea dan keseluruhan sistem sosial Korea. Pembaharuan pendidikan dan memodenkan sekolah merupakan dua usaha penting Dosan. Beliau merupakan bapa kepada pelakon Ralph dan Philip Ahn, pengasas restoran Cina Moongate Soorah Ahn, dan pegawai meriam udara Tentera Laut A.S. Susan Ahn Cuddy, yang juga kemudian bekerja untuk Pejabat Perisikan Tentera Laut, Agensi Keselamatan Negara, Perpustakaan Kongres, dan Jabatan Pertahanan A.S..